= MITOS VS KEBENARAN 2015 =

1 JANUARI 2015 baru sahaja berlalu. Sekarang sudah 2 JANUARI 2015 (saat atikel ini ditulis). Kita banyak didendangkan dengan pelbagai andaian "KESUKARAN @ KEPERITAN" yang bakal ditempuh dalam tahun 2015.

Isu yang paling BESAR @ HANGAT diperkatakan adalah mengenai GST. Ramai yang meramalkan peningkatan sara hidup yang drastik dari banyak aspek kehidupan kita. Perbelanjaan yang semakin meningkat.

Nilai WANG menjadi kecil. Kuasa membeli/berbelanja menjadi berkurangan. Maka ramailah yang membuat perancangan tahun baru dengan pelbagai strategi tersendiri untuk menghadapi situasi ini. Malah ramai yang membuat keputusan untuk mencebur diri dalam dunia bisnes.

Dengan harapan yang menggunung bahawa bisnes tersebut akan menjadi penyelamat baginya. Benar, dengan bisnes kita boleh kaya dengan izin Allah. Tapi  harus diingat, ranjaunya juga bukan calang-calang jika tidak ikut kaedah yang betul. Sememangnya sudah terbukti ramai yang berjaya dengan bisnes dan tak kurang juga yang kurang berjaya dalam bisnes.

Sama ada "KESUKARAN" ini satu mitos atau kebenaran, kita kenalah mengharunginya dahulu sepanjang tahun 2015.

Bagi yang kurang bersedia mungkin kesukaran buat mereka, tetapi bagi yang sudah bersedia rapi dengan strategi-strategi menempuh badai yang datang mungkin tidak terkesan mana. Malah tak mustahil ada yang melonjak kegemilangannya dalam tahun 2015.

InsyaAllah, bermula tahun 2015 blog ini akan berkongsi tips-tips bisnes yang telah digunapakai oleh mereka yang otai-otai ataupun sifoo-sifoo dalam dunia bisnes.

Mudah-mudaan perkongsian dalam blog ini dapat membantu melahirkan seramai mungkin usahawan-usahawan berjaya samada dalam dunia online mahupun off line.

Bagi yang hendak menceburi bidang bisnes, ini untuk anda..

 > Carilah ilmu dahulu didalam bidang yang hendak diceburi.
    Berdampinglah dengan M E N T O R bidang tersebut. Sedutlah
    ilmu darinya.

RAHSIANYA ADALAH...
Kita dapat menjimatkan MASA.


   #Contoh :Pak Ali adalah seorang pembuat roti canai.
                   13 tahun berniaga baru Pak Ali dapat fomula untuk
                   jadikan roti tu lembut dan wangi. Jadi jika kita belajar
                  dengan Pak Ali cara buat roti canai yang lembut dan
                  wangi, maka kita sudah jimat 13 tahun untuk dapat ilmu
                  itu. Dengan cara ini kita akan lebih cepat berjaya.

DAPAT KONSEP NI???

Jika dapat, cuba sebut.."Hmm..betol jugak ekk.." :)

BERTINDAK IKUT APA YANG ORANG BERJAYA BUAT
Faham ke faham.???






Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to = MITOS VS KEBENARAN 2015 =

Penyumbang

Dikuasakan oleh Blogger.

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.