= RAHSIA TOKEY AIR TEBU =

Zaman sekarang zaman serba canggih. Zaman moden. Ramai yang setuju jika dikatakan zaman sekarang semuanya nak cepat je. Betulkan..?? 

Jika order di kedai makan pun nak cepat je sampai makanan tu kan.??

Jika sangkut dalam jem, nak je cilok kiri kanan sebab nak cepat. Betul kan..??

Dalam dunia bisnes pula ada mazhab dan kajian yang menyatakan siapa yang boleh bagi perkhidmatan yang cepat kepada pelanggan, maka dia lah yang menang dalam persaingan tersebut.

Contoh : 


Maya membuka kedai dobi. Siti pun membuka kedai dobi. Kedua-dua kedai ni adalah dalam jenis perkhidmatan yang sama. Cuma yang membezakan mereka adalah 

  • Untuk kedai Maya, 6kg pakaian boleh siap dalam masa 4 hari.
  • Untuk kedai Siti, 6kg pakaian boleh siap dalam masa 2 hari.

Jadi rasa-rasanya kedai mana yang akan memjadi pilihan pelanggan?



Jika dilihat dari aspek kepantasan mencuci, sudah pasti kedai dobi Siti menjadi pilihan pelanggan. Namun jika Maya menyediakan 
N I L A I   T A M B A H dalam perkhidmatannya seperti pakaian yang dicuci akan berbau wangi selama seminggu dan dilipat rapi.



Maka sudah pasti pelanggan akan berfikir banyak kali untuk hanta kedai Siti atau kedai Maya.

Kepuasan pelanggan merupakan K U N C I   U T A M A dalam memikat hati pelanggan. Dalam soal ini, kepantasan mencuci menjadi penilaian ke-2. Kepuasan yang diutamakan.

Jadi apa yang nak disampaikan disini adalah K E PA N T A S A N perkhidmatan yang disediakan adalah faktok penting dalam sesebuah perniagaan, namun ada 1 lagi faktor yang lebih penting adalah 
K E P U A S A N pelanggan.

Kajian sebenar :


Pakcik di dalam gamba ni adalah penjual air tebu ditepi jalan dan bersebelahan sawah padi. Kebiasaaannya penjual air tebu akan sediakan air tebu yang sudah dimesin dan dimasukkan ke dalam balang air berisi ais.

Apabila pelanggan datang beli, mereka hanya isikan dalam cawan dan beri pada pelanggan. mengambil masa kurang lebih 30 saat sahaja. Cepat kan..??

Namun berbeza dengan pakcik ni. Di gerainya tiada air tebu yang sudah dimesin.

Apabila pelanggan datang hendak membeli, baru pakcik ni mesin perah tebu tu. Mengambil masa kurang lebih 7 minit. Nak pilih tebu, kupas kulit tebu, nak mesin, nak isikan dalam plastik @ gelas.

Jika masa tu ramai pelanggan..maka lagi lama la kena tunggu turn.

Walaupun ambil masa lebih lama, pelanggan tetap tunggu sebab nak dapatkan air tebu yang segar, dan sudah pasti memberi 
K E P U A S A N  yang lebih.

Ini apa yang dikatakan pakcik tu pada saya..



" Ada orang nak baru pakcik mesin, baru sedap. Kalau sedap, lambat sikit pon orang tunggu "

M A K S U D N Y A   A P A ..??

Maksudnya kepuasan pelanggan itu S A N G A T   P E N T I N G.

Jadi sebagai usahawan, antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam bisnes kita adalah

  1. KEPUASAN PELANGGAN
  2. KEPANTASAN PERKHIDMATAN KITA
  3. KREATIF DALAM MELONJAKKAN DIRI/BISNES KITA   ( NILAI TAMBAH DALAM BISNES KITA)







Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Penyumbang

Dikuasakan oleh Blogger.

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.